fbpx
LIBRARY
Handbooks
Handbook 3-Malay-Merapatkan Jurang dalam Pembelajaran Jarak Jauh

Merapatkan Jurang dalam Pembelajaran Jarak Jauh

Buku panduan untuk pendidik  

Menurut UNICEF (2021), sehingga kini, murid sekolah di seluruh dunia telah kehilangan 1.8 trilion jam pembelajaran secara bersemuka berikutan darurat COVID-19. Sudah lebih daripada satu bilion murid yang majoritinya dari negara membangun telah kehilangan peluang untuk bersekolah. Pembelajaran dalam talian adalah salah satu jenis penyelesaian, tetapi ianya adalah tidak mencukupi. Pandemik ini telah mendedahkan ketidaksamaan digital yang luas di antara dan di dalam negara.

Walau bagaimanapun, negara-negara di rantau ini dan di seluruh dunia telah menunjukkan kebolehan untuk memastikan murid mereka dapat terus belajar dengan bermakna dalam masa yang sukar ini.

Buku panduan yang merangkumi idea dan pandangan berharga daripada siri webinar bertajuk sama yang terdiri daripada tiga bahagian dan bertumpu kepada amalan praktik ini berkongsikan usaha pendidik untuk mengatasi jurang dalam pembelajaran jarak jauh, daripada usaha mendapatkan peranti digital dan akses internet untuk murid mereka, sehingga menggunakan semula teknologi lama seperti telefon dan radio untuk menjalankan proses pembelajaran. Ia bertumpu kepada:

  • Merancang dan membentuk pengalaman pembelajaran
  • Menggunakan peranti digital untuk mengajar
  • Mengajar tentang keselamatan dan kesejahteraan siber
  • Menggunakan radio untuk menyiarkan pelajaran
  • Memaksimumkan pembelajaran menggunakan bahan bercetak
  • Menerapkan pendidikan STEM ke dalam pembelajaran jarak jauh
  • Mentaksir pembelajaran murid anda
  • Menjaga kebajikan komuniti anda

Kongsikan refleksi dan pelaksanaan bilik darjah anda dengan rakan-rakan pendidik!

Sertai perbincangan dan berhubung dengan komuniti pendidik dalam kumpulan pembelajaran sosial kami, Teaching, Leading, Learning di Facebook.

Join our mailing list

Stay updated on all the latest news and events

Mr Ho Swee Huat

Mr Ho Swee Huat is the Founder and Managing Director of Abacus Assets Advisors Pte Ltd. Before starting the company, he had an established career in the banking industry, with 20 years of experience in Singapore, Hong Kong and New York.

He was an Independent Director and Chairman of the Audit Committee of CapitaCommercial Trust Management LTD from 2004 to 2013.

He is the current Chairman of Autism Association (Singapore) which he co-founded with a group of parents in 1992. He is also Vice-Chairman of Eden School, a special school for children with autism.

Mr Ho holds a Master’s degree from the London School of Economics and Political Science, and a Liberal Arts degree in Economics from Hamilton College, USA.

He has been a member of the Board of the Foundation since its incorporation.